SSM boleh!

October 12, 2009

Sangat berpuas hati dan gembira rasanya dengan persembahan Sanggar Seni Muda semalam di majlis makan malam Warna-Warni Aidilfitri Admiralty.Kami telah berjaya menambat hati penonton dan terutama sekali anggota MAEC Admiralty.

Para penari Lentera Tari dan anggota Kumpulan Kompang Senandong Ria telah memberikan persembahan yang begitu gah. Allah sahaja yang tahu perasaanku semalam.

(change mode)

Pada makcik pakcik yang langsung tak beri sokongan kepada kita semua selama kita bertapak kat Admiralty, EAT YOUR HEARTS OUT! Walaupun tanpa bajet yang sempurna, welfare yang tak akan ada kalau I tak bising, kita tetap berikan persembahan yang menarik okay. Kasihan budak-budak SSM, makan dari sisa majlis orang lain, minuman kena bawak sendiri, penari kena pakai baju sendiri. Ini semua menunjukkan keikhlasan hati kita sebagai orang seni. Tak mengharapkan apa-apa in return, sekadar kepuasan hati selepas persembahan. SYABAS SSM! Wa bangga sama lu all. Ouh tak lupa juga GRASIO, gerun I tengok persembahan korang.

Terima kasih I pada Cik Jusimaru yang sudi membawa makaroni goreng. Walaupun budak-budak semua sakit perut lepas makan pasal pedas sangat, I tetap terharu dengan sokokngan you. Terima lah kasih.

Kak Yati, we made it! We should be proud of our girls.

Adi and Amin, this is what you get when you work together and not only depend on me all the time to run the group. KKSR is not mine solely, it belongs to everyone.

Pakcik makcik of MAEC, thanks to me yang “meninggikan suara” (quoted from the complain Cikgu Fajari received) pada boss entertainment company, everything went well okay! Event manager pegang schedule lain, entertainment company pegang lain. How? You story me. Siapa tak berang macam gituh. I naik radang bila dapat tahu boss entertainment company pegang schedule selain dari apa yang I sudah tetapkan, tapi had the guts to say, “Takper kita stick to this programe jer”.

You all tunggu jer lah nanti gambar-gambar dari persembahan SSM. Tak silap ada video jugak kan? Hirna akan upload. Thanks for coming girl, and taking care of the kids. Jasa you takkan I lupakan.

Pada LT, maintain korang punya improvement. Persembahan seterusnya mestilah lebih baik dari persembahan sebelumnya. Pada KKSR, maintain korang punya gila. I love korang tau!

That is all I have to say.


Remaja Kita

October 10, 2009

Photobucket

 

Bantu remaja kembali ke pangkal jalan.

Jangan biarkan mereka lepak tak tentu masa.


Is this you?

October 1, 2009


Tong Kosong

October 1, 2009

Apabila membaca artikal Encik Zulkifli Mohd yang bertajuk “Orang Melayu keliru? Aidilfitri sudah dimelayukan” (Berita Minggu, 27 September 2009), saya rasa terpanggil untuk memberi pendapat saya sendiri. Saya begitu kecewa dengan artikal tersebut yang pada pandangan saya mencerminkan kesempitan dan kecetekan fikiran penulis. Saya tidak menghabiskan bacaan artikal itu kerana berasa amat tidak senang.

Ucapan:

Ucapan “Selamat Hari Raya” adalah suatu ucapan yang umat Melayu ucapkan ketika bertemu pada setiap hari di bulan Syawal. Jadi mungkin tiada salahnya digunakan kekata “hari” dan tidak perlu digantikan dengan kekata “bulan”.

Minta Maaf:

Setelah sebulan berpuasa, umat Islam bersih dari dosa-dosa kepada Allah. Tetapi dosa-dosa kepada manusia hany dapat dimaafkan sesama manusia. Jadi tidak salah, malah digalakkan, untuk memohon ampun dan maaf sesama insan selepas Ramadhan semoga kita bersih dari segala dosa. Saya sendiri amat tidak selesa membalas kata-kata “Maaf zahir dan batin” dengan ucapan “sama-sama” sahaja. Ia seperti ucapan orang sombong yang enggan mengungkapkan perkataan “maaf”.

Ziarah Kubur:

Tiada salahnya berziarah kuburan pada Aidilfitri asalkan tidak dijadikan perkara wajib. Kita selalu disuruh mengingati mati dan orang-orang yang telah terlebih dahulu menghadap Ilahi. Di dalam keseronokan berlebaran, tiada salahnya kita berziarah kuburan mengingati roh-roh yang telah menziarahi kita pada bulan Ramadhan.

Menangis:

Saya sendiri selalu berlinangkan airmata apabila mengalunkan takbir pada setiap perayaan Eid. Takbir yang membesarkan keagungan Allah itu membuat says berasa amat kerdil. Ia juga membuat saya mengenangkan kembali amal ibadat yang telah dilakukan pada bulan Ramadhan yang berlalu. Entahkan diterima, entahkan tidak.

Pakaian:

Selalukah kita dapat melihat anak-anak muda kita berpakaian tradisional? Tidakkah bangga dengan kita melihat mereka berpakaian sedemikian? Berpakaian Melayu pada hari raya adalah suatu adat yang teradat yang sangat digalakkan. Daripada pakaian tradisi kita langsung tidak ‘dijamah’, bukankah elok kita memakainya walau setahun sekali? Mungkin ada di antara kita yang langsung tidak akan ada pakaian tradisi jika tidak kerana hari raya. Adakah kita melihat orang Arab memakai pakain Melayu? Amat tidak sesuai bagi kita yang tinggal di negaa berbilang bangsa dan kaum ini berbaju Melayu ketika di pejabat. Kita tidak seperti di negara-negara jiran di mana Melayu adalah bangsa majoriti, dan adat Melayu berleluasa.

Ziarah:

Adat Melayu ini amat dihormati oleh bangsa lain. Mereka amat tertarik melihat anak-anak Melayu berbondong-bondong menziarahi rumah antara satu sama yang lain dengan berbaju Melayu yang berwarna-warni. Walaupun berziarah setahun sekali, sekurang-kurangnya ikatan silaturrahmi dapat dieratkan dan saudara-mara dapat berkenalan antara satu sama yang lain. Tetapi di dalam keluarga saya, dan saya percaya keluarga-keluarga Melayu yang lain juga serupa, berziarah yang tua dilakukan sekali dalam setiap bulan paling kurang.

Adat Bertamu:

Selalunya rumah yang diziarahi pada lewat malam aadalah atas desakan tuan empunya rumah itu sendiri. Mungkin tuan rumah tidak punya kelapangan untuk menyambut tamu pada siang hari, dan oleh kerana tidak mahu melepaskan tetamu yang mungkin tidak akan datang selain pada malam tersebut, tuan rumah amat mangalu-alukan kedatangan tamu walau lewat malam. Tetapi terlewat ini, saya perhatikan tiada lagi diamalkan bertamu sehingga larut malam. Perkara yang sama juga diketengahkan oleh seorang pemandu teksi yang sempat saya berbincang sesama dalam perjalanan ke pejabat. “Sekarang orang Melayu sudah pentingkan waktu bekerja pada keesokan hari. Sudah tidak lagi bertamu hingga lewat malam”, katanya.

Kesimpulan:

Sememangnya Aidilfitri adalah hari kebesaran umat Islam. Umat Melyu yang beragama Islam juga turut merayakan hari kebesaran ini. Tidak seperti Tahun Baru Cina, dimana setiap lapisan masyarakat Cina berbilang agama akan merayakannya, umat Melayu tidak mempunyai hari kebesarannya yang tersendiri. Jadi tiada salahnya bulan Syawal dijadikan bulan kebesaan umat Melayu. Saya amat suka melihat suasana Lebaran. Setiap umat Melayu akan berbaju tradisi, lengkap bersamping atau berselendang. Tidak akan ada hari lain yang dapat kita nikmati suasana keMelayuan seperti pada hari raya. Acara-acara kebudayaan juga turut menyerikan perayaan.

Saya amat berharap agar penulis terlebih dahulu membuka minda dan berfikiran positif sebelum mencemuh adat budaya Melayu yang diwarisi sejak dahulu. “Adat bersendi syarak..” Jika adat tidak berlanggar dengan hukum syarak, maka tiada salahnya dipraktikkan. Sememangnya setiap bangsa mempunyai cara mereka tersendiri dalam menyambut Aidilfitri. Tetapi yang pasti, Aidilfitri sememangnya sudah diMelayukan di Nusantara!


How They Might Look Like..

October 1, 2009

So you think they are cute?

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

What do you think happened to Olive Oy?


Closure

September 29, 2009

Photobucket

Nampaknya banyak blog dah tak dilayan lagi. Ada jugak blog-blog yang telah pun ditutup oleh pemilik. Ramai yang memilih Facebook, Twitter dan lain-lain lelaman untuk dijadi kan wadah untuk meluahkan perasaan, sambil berkongsi gambar-gambar. Tetapi pemilik blog ini belum lagi mempunyai ura-ura untuk menutup blog.

Masih aktif blog ini selagi ada pembaca-pembaca yang berminat. Jika tidak, pemilik blog ini tetap tidak akan menutup buat masa sekarang.

Indah sungguh bahasa I kali ini.

That is all I have to say.


Interrupted

September 26, 2009


Di dalam teksi

September 26, 2009

Photobucket

Pakcik taxi: “Awak perasan tak sekarang orang kita beraya dah tak mcm dulu-dulu, sampai 1 atau 2 pagi masih berkunjung? Pasal orang sekarang ingat besok nak kerja dan sekolah. Orang sekarang dah penting kan masa depan dari nak beraya jer. Tak mcm org dulu. Kan bagus orang Melayu sekarang.”

Aee Holyimp speechless. Semoga masin mulut pakcik. Majulah Melayu.


Jalan Raya

September 22, 2009

Photobucket

Kepada Chempaka Biru,

Kita akan berjalan raya on 17October 3October. Itu lah satu-satu nya date yang I free. Kita akan cuba conquer semua rumah in one day, although it sounds impossible. Tolong sebar-sebarkan berita. Hopefully dapat full strength. Tapi kepada yang dalam camp, TOO BAD. I will sewa van on that day kalau ramai yang join, kalau tak sewa kereta sudah. Spread the joy to everyone!

Salam, Aee Holyimp

Ps: Jangan pakai warna hijau, pasal the vehicle will be in green in colour.


Minta sorry

September 21, 2009

Photobucket

Trend terkini: Mintak maaf secara longgok di blog. So I pun nak kena ikut. <sujud depan gambar mak ayam khailee mintak restu dari the trend setter>

Pada kawan-kawan ku:

Kepada Beyonce dan Black Eyed Peas, I mintak maaf kerana tak dapat hadir ke concert you all, pasal takder masa dan organiser tak kasi I backstage pass. Kepada Aliff Aziz, I mintak maaf pasal I kutuk you masa dapat tau pasal berita you cium perempuan kat dalam club. You mabok kan time tuh? Kepada Norfasarie dan Bahakki, sorry jugak pasal I kutuk you masa you amek gambar songsang pastu tersebar kat internet. Kepada Michael Jackson, rest in peace.

Pada sahabat-sahabat ku:

Mintak maaf zahir batin atas segala salah silap ku, termaki terkutuk tergossip terbackstab terjeling. Semua mahap kan lah yer. Jugak halal kan makan dan minum, atau termakan terminum. Kalau tak halalkan, wa boleh bayar balik larh!

Pada anak-anak buah ku:

Sorry kalau I marah and buat you all kecik hati. Sorry jugak kalau I sengaja buat korang penat masa training, sampai lenguh tangan korang. Sama-sama lah kita perjuang kan seni yer.

Pada Variasians:

Mintak mahap kalau I terpakai duit buat belanja kat Simpang Renggam borong kuih, kat Batam buat langsir satu rumah, kat Sheng Siong belanja barang dapur. I cakap ‘KALAU’ jer, tapi so far takder lah sampai gituh. REZEKI HARAM.

Pada penduduk dunia:

Ingatlah daku dalam doa mu!