Raya dah nak dekat ni wei! Dah beli baju raya ke belom? Tak tau yang mana jadi pilihan? Tak tau nak bergaya dengan baju jenis apa? Hmm, ok this post may be some kinda help. Yeah I know, I pernah cakap pasal nih last year. But I just feel the need to say it again. Cara-cara pemakaian baju Melayu. Pasal I tengok masih banyak yang pakai tak senonoh, and hilang keMelayuan. Jom kita start dari pakaian kepala dulu.
Headgear: Pada I, songkok tong paling sesuai dengan baju Melayu. Kopiah and songkok raihan tu semua tak lawa. Serius wa cakap lu. Pasal songkok tong buatan orang Nusantara, kopiah orang Arab punya. Macam mana nak pilih songkok? Senang jer, make sure bila you pakai, it covers half of your forehead nicely and even satu jari pun takleh masok (unless you’re a 4 year old, you don’t look cute in an oversized songkok). Height songkok doesn’t really matter. Tapi the in thing sekarang is 4inchi or higher.
Material? Velvet paling simple lah nyah, kalo rasa nak rembak, gi buat songket. Tapi make sure matching ngan baju and especially samping (we’ll touch on that later). And since lace is out, kita gantikan dengan brooch. Nyah, tak semua brooch bole letak kat songkok eh. Last year jalan raya dengan Cb, I realised ada yang pakai brooch Mak dia tapi langsung tak kena. Brooch plak jangan letak rendah sangat. At least half the height of the songkok or higher. Tapi kalo pakai jenis jurai, biar tinggi lah. Tanjak anyone?
Baju dan seluar: Cekak musang? Telok blangah? Mana satu? Pada I dua-dua lawa (kalo kena pada badan yang memakai).
Paling simple of all baju kurung is made of satin. Lagi berkilau, lagi menawan.Pada sesiapa yang tahu satin means cliche, you have other choices kat luar sana. Songket is one of my favourite material utk buat baju, kain Sari is another of my favourite. Then you have silk, bermacam kain sutera ada.
Pada sesiapa yang rasa Baju bercekak musang dan telok blangah sama serupa, you are wrong, darling. Feeling bila pakai nya tak sama. Baju telok blangah pakaian orang Johor, so bila pakai tuh mesti lah ada fikiran orang Johor. “Kalo aku orang Johor, how would I wear baju nih?” Brooch! One accessory a kewat should never forget bila pakai baju telok blangah. Again tak sumer brooch bole dikenakan hor! Very important is to look at bunga atau sulam pada baju. Kalo berwarna emas, brooch emas. Kalo perak, perak lah. Kalo baju plain, pandai-pandai lah.
Ok, you don’t think cekak musang means you cannot do anything untuk naik kan seri. Yang paling penting sekali you mesti buat, is to button up the baju all the way to the top. Kalo baju butang 3, button up all 3. Kalo butang 5 pun sama jugak. Nampak kemas. Instead of butang baju yang bersaiz taik lalat tuh, please go and spend a little bit more and get something yang besar. I mean, butang yang batu nya can be seen a mile away. My choice will be diamond. Pasal bole dipadankan dengan baju warna apa pun. But the butang itself mesti jugak depend on the bunga or sulam pada baju. Kalo tak mau butang, here is another choice. Kerongsang. Mak you confirm mata merah tengok anak jantan nya pakai kerongsang besar. Tapi ingat, mesti disusun rapi. Apa kata, kalo nak lebih rembak, pakai rantai dokoh. “Ko nak gi jalan raya ke, nak gi nikah?”
Samping: Viva la songket! Inilah antara warisan nenek moyang yang tak lapok dek panas, tak lekang dek hujan. Paling widely used sebagai samping. Songket tenunan Terengganu, bunga penuh, bunga tabur. Songket pelbagai songket. Ibarat nyanyian Puan Sri Saloma, “Kain songket pakain anak Melayu”.
Tapi kalo you think songket dah biasa pakai, and you want somthing else, pakai lah kain pelikat. Pun lawa. Kalo ada benang emas nya, lagi menawan. Kain batik pun lawa. Tapi kalo you darah jenis cross-bred dengan India or Arab or anything yang bukan dari rumpun Melayu, batik is out of the question. Bukan menghina, tapi warna kulit dan raut wajah you tak kena berkain batik.
Memilih samping yang sesuai bukan kejer orang yang colour-blind. Pasal pemilihan kain yang sesuai is so critical. Salah kaler, hancurs sumer. Warna kain samping mestilah, I repeat MESTILAH, secocok dengan baju. Walau sedikit pun, warna yang pada baju, mesti ada pada kain samping. Atau seakan-akan warna. Cos I’m sure you do not want to look macam badut nak pergi show.
Cara ikat kain samping pun critical. Kalo you nak tengok kekemasan seseorang, tengok pada sampingnya. Kalo you nampak jantan pakai samping beranak-pinak kat bahagian bawah, you won’t want him as your laki. Sebab itu jenis jantan sebarang. Ikat samping dengan penuh ketelitian, unless you memang dah expert lah. Jangan harap kan Mak pakai kan jer! Tapi kalo samping tuh diikat dengan ada bunga samping, make sure ombak nya tak berantakan di bawah. Oh by the way korang, kepala kain letak nya di belakang eh, I mean di bahagian punggung. Bukan depan atau tepi hor! Kita orang Melayu, kepala kain di belakang. Kalo you nyonya pakai kebaya, boleh letak kepala kat depan k.
Panjang samping mesti cecah lutut. Kalo nak labuh lagi pun boleh, tapi jangan sesekali atas lutut. Because you are not living in the 80’s anymore darling, that’s why. And then kalo nak rembak lagi, pakai pending. Lepas tu bole selit keris. Wahaha!
Footwear: Seriously eh, pakaian kaki yang paling cocok dengan baju Melayu is still capal atau sandal kayu. Kasut bukan tak kena lah, tapi macam ada kerosakan gituh kalo berkasot. Capal original is capal yang berat, dan tebal. Bertumit keras. Pilih capal yang kena dengan pakain lah. Paling senang sekali, carik capal yang matches with your songkok at least. Kalo songkok warna hitam, hitam lah capal. Kalo putih, putih lah. Dan sebagai nya.
Senang kan?
That is all I have to say.
Tags: baju, baju kurung, baju melayu, cekak musang, kepala kain, kewat, melayu, raya, samping, songket, telok blangah









