April 26, 2010
Hai Melayu,
Sedarlah zaman sekarang bukan macam dulu lagi.
Dulu bapa gaji seribu boleh sara anak sampai 9 atau 10 orang,
sekarang gaji bapa dua ribu pun belum tentu boleh tanggung anak 2 sampai menara gading.
Dulu lampin pakai cuci, sekarang lampin pakai buang.
Dulu bapa umur 20, ibu umur 18,
saling hormat-menghormati,
sekarang bapa 30, ibu suku abad,
kaunseling pun tak jalan.
Dulu ‘O’ Level dipandang mulia,
sekarang diploma pun belum tentu syarikat hirau.
Dulu nak kahwinkan anak pakai beraa ribu dolar jer,
sekarang harga macam gitu mak andam pun belum tentu boleh dibayar.
Pasal dulu polis pakai seluar pendek,
sekarang BMT pakai SAR21.
Andai esok aku menjadi tanah..
February 24, 2010Andai kau menjadi pelangi
Biar ku jadi awannya
Agar kita selalu bersama
Andai kau menjadi sang duyung
Biar ku jadi karangnya
Agar kita sentiasa bersua
Andai kau menjadi merpati
Biar ku menjadi sang bayu
Agar kita sering bertemu
Andai kau menjadi puisi
Biar ku jadi melodi
Bersama kita menyanyi
Andai ku menjadi rembulan
Sudikah kau menjadi kejora
Hingga pagi nanti
Andai esok aku menjadi tanah
Sudikah engkau menjadi bunga
Menghiasi dadaku
My boys
February 17, 2010Xin Nian Kuai Le
February 13, 2010
Selamat menyambut tahun baru kepada semua pembaca I yang berbangsa Cina.
Dong dong jiang, dong dong jiang!
Kenapa eh?
February 2, 2010Wani:
Kenapa kompang?
Aee Holyimp:
Pasal abang suka bunyi paluan kompang. Bunyi paluan kompang tu bunyi semangat orang Melayu yang bersatu-padu.
Jenaka
January 15, 2010Tengah buat research untuk persembahan 28 January nanti, terserempak dengan pantn nih. Agak menggelikan hati:
Orang Rengat menanam betik,
Betik disiram air berlinang;
Hilang semangat penghulu itik,
Melihat ayam lumba berenang
New Gregorian year
January 4, 2010
Received a question through SMS from Adik tadi while I was sitting in my office chair surfing the net. The question:
How true is it that Muslims cannot celebrate Jan/Dec calendar’s new year?
Terfikir jugak sejenak pasal question dia, tapi Alhamdulillah diberi ilhm untuk menjawab. And th reply was:
Maybe pasal Gregorian calendar celebrates more than 30 days in some months. Org Islam tak boleh celebrate more than 30 days in a month, tu pasal calendar Islam cuma palng banyak ada 30 days. After 30 days, by hook or by crook, nampak anak bulan or not, the next day must be a new month. For every day yang disambut after 30 days, is the number of days you spend in Hellfire. Allahu a’lam.












